Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini dan kami harap anda berpuas hati, tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk menghimpunkan koleksi filem,drama,siri TV dan video lain yang dihasilkan di Malaysia.
Menyedari wujudnya pelbagai laman web yang mempunyai koleksi ini tetapi kebanyakannya tidak lengkap dan berselerak, kami mengambil inisiatif untuk mengumpul keseluruhan link(pautan) yang kami berjaya temui untuk disusun dalam cara yang lebih mudah dan sistematik. Kami tidak sesekali mengatakan website(laman web) kami lebih baik tetapi kami hanya membantu anda mempermudahkan carian filem atau drama yang anda mahukan.
Harus diingatkan yang kami tidak mengupload(muat naik) fail-fail tersebut dan kredit harus diberikan kepada mereka yang bersusah-payah dalam proses tersebut dan tidak lupa website asal yang menjadi host bagi link tersebut. Tidak lupa juga kami menyarankan anda memberi komen dan ucapan terima kasih setiap kali anda mendownload(muat turun) fail-fail tersebut agar para uploader tahu yang usaha mereka dihargai dan bagi memastikan arena ini terus 'hidup' dan maju di masa hadapan.
Dan yang paling penting, anda diminta untuk menyokong industri perfileman tanah air kita dengan membeli karya asal yang original daripada pengedar yang sah, kami hanya menyediakan bahan untuk anda membuat keputusan samada sesuatu karya itu wajar dimiliki atau tidak dan sila padamkan fail yang melanggar hakcipta setelah 5 hari anda memuat turun kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang Malaysia.
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan dan semoga anda terhibur dengan koleksi kami
Senarai Laman Web Rujukan
Post a Comment